Oprah mungkin bertanding Presiden

OPRAH Winfrey mungkin bertanding jawatan Presiden, mencabar Donald Trump.- Foto Reuters


NEW YORK : Oprah Winfrey mungkin bertanding jawatan Presiden, mencabar Donald Trump selepas timbul spekulasi pengacara program bual bicara bertaraf hartawan itu sedang mempertimbangkan cita-cita terbabit.

Kurang sehari selepas memberi ucapan bersemangat di anugerah  Golden Globes, wanita yang paling terkenal di Amerika Syarikat itu menerima banyak panggilan menggesa beliau untuk bertanding untuk jawatan Presiden. Rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey lebih baik berbanding Trump. Malah, ahli Republikan sendiri mengatakan beliau adalah pesaing yang lebih kuat berbanding Presiden bintang realiti itu.

Dalam satu temubual kira-kira 20 tahun lalu, Trump sendiri pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presiden pilihannya.

Rumah Putih turut mengulas mengatakan cabaran itu dialu-alukan tidak kira Winfrey atau sesiapa saja. Bagaimanapun, Winfrey menafikan spekulasi itu.

“Saya tidak mahu. Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan,”katanya di belakang pentas ketika acara anugerah Globes ketika ditanya sama ada beliau mahu bertanding jawatan Presiden.

Agensi berita CNN yang memetik dua sumber disifatkan sebagai ‘rakan rapat’ memaklumkan Winfrey sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden.

Katanya, rakan lamanya mencadangkan beliau boleh dipujuk untuk berbuat demikian. -AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*