“Jodoh itu rahsia Allah” – Amaris selamat bernikah dengan gadis pilihan

Pelakon itu memuat naik foto sekitar majlis persandingannya beserta kapsyen: “Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah, Alhamdulillah.”

PELAKON Amran Ismail, 33, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Syazwani Alias, 28, pada Jumaat lalu.

Amran yang kini dikenali dengan nama Amaris menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 bersama 11 dulang hantaran dibalas 13 dulang.

Merahsiakan wang hantaran, majlis pernikahan Amaris dan Syazwani berlangsung di Batu Pahat, Johor.  Pasangan itu turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kediaman pengantin perempuan pada Sabtu lalu.

Menerusi kemas kini laman Instagram Amaris, pelakon itu memuat naik foto sekitar majlis persandingannya beserta kapsyen: “Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah, Alhamdulillah.”

Peminat dan pengikut laman Instagram Amaris mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai.
Peminat juga turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber : astroawamni.com

Foto: Instagram Amaris

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*