D7 Selangor gempur empat daerah

KUALA LUMPUR: Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menggempur empat daerah dalam Ops Noda, malam tadi.

Dalam serbuan serentak bermula kira-kira pada jam 8.30 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota D7 Selangor menyerbu dan memeriksa enam premis pusat urut serta dua premis pusat hiburan di Petaling Jaya, Gombak, Kuala Selangor dan Serdang.

Premis hiburan yang diserbu adalah di kawasan Puchong dan Kuala Selangor manakala premis pusat urut di Subang Jaya, Selayang dan Kota Damansara. Seramai 50 orang ditahan membabitkan enam lelaki dan 44 wanita atas pelbagai kesalahan.

Daripada 44 wanita yang ditahan, 24 adalah warga Vietnam, 11 warga Thailand, masing-masing empat dari Indonesia dan Kemboja sementara seorang dari China yang bekerja sebagai tukang urut dan pelayan pelanggan (GRO).

Empat lelaki warga tempatan yang ditahan membabitkan penjaga premis dan dua pelanggan warga Bangladesh.Turut dirampas dalam serbuan itu, peralatan mengurut dan alat hiburan serta wang tunai berjumlah RM1,366.

Hasil pemeriksaan, enam premis memiliki lesen perniagaan manakala dua premis tidak memiliki lesen.

Semua yang ditahan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

 

Sumber : bharian.com.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*