Projek Mega Yang Memakan Banyak Nyawa Manusia Demi Kesenangan Manusia Lain

Projek mega memerlukan dana yang sangat besar dan stabil untuk memastikannya siap mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu, tenaga manusia juga sangat kritikal sepanjang menjayakan pembinaan ini. Tidak hairanlah jika banyak projek mega yang memakan banyak nyawa manusia akibat kemalangan semasa bekerja. Berikut merupakan beberapa contoh projek mega yang paling banyak mengorbankan nyawa manusia:

1.Burma-Death Railway

Mendahului senarai tentulah Death Railway di Burma. Rel kereta api yang dibina dari Myanmar ke Thailand ini merupakan bukti kekejaman semasa peperangan berlaku. Penduduk Jepun di Myanmar telah melaksanakan sistem buruh paksa ini telah menyebabkan tidak kurang 106 ribu nyawa maut semasa pembinaan rel ini. Bahkan, buruh paksa ini bukan sahaja daripada Myanmar tetapi juga tahanan dari Amerika, Belanda dan Australia. Rel 420 kilometer ini dibina untuk kepentingan tentera Jepun semasa berperang.

2. The White Sea – Terusan Laut Baltik

Terusan Laut Baltik merupakan terusan kapal di Rusia yang menghubungkan Laut Putih dengan Danau Onega. Pembuatan terusan ini membantu untuk menyingkatkan masa pelayaran ke Laut Baltik. Namun disebalik keindahan terusan ini, sekurang-kurang nya telah mengorbankan 100 ribu nyawa sepanjang tempoh pembinaannya iaitu daripada tahun 1931- 1933. Antara faktor penyumbang kematian tersebut adalah kecelakaan semasa pembinaan, kekurangan makanan, penyeksaan dan penyakit.

3. Qatar : Pembinaan Stadium Piala Dunia 2022

Melihat kepada kualiti pasukan Qatar dan prasana yang terdapat di Qatar untuk menjadi hos tuan rumah Piala Dunia 2022, tentulah membuatkan anda tertanya – tanya tentang persiapan negara ini. Untuk mengejar target stadium bolasepak bertaraf dunia, pihak kotraktor telah menggunakan khidmat perkerja asing daripada luar seperti India dan Nepal. Para buruh ini dijanjikan dengan upah yang lumayan. Namun kerja berat tanpa henti dan dalam keadaan cuaca yang panas akhirnya membuatkan banyak buruh ini meninggal dunia. Dalam era moden seperti ini, seharusnya perlindungan pekerja lebih ketat berbanding masa lepas dan tidak berlaku penganiayaan kepada buruh-buruh tersebut.

4. Korea Utara -Hotel Ryugyong

Hotel yang terletak di Pyongyang ini, mempunyai ketinggian sehingga 105 tingkat. Proses pembangunan hotel ini memakan masa yang panjang sehingga 26 tahun. Dalam tempoh masa pembangunan hotel ini , banyak nyawa yang terkorban.

5. Jalan Raya Karakoram

Jalanraya yang menghubungkan CHina- Pakistan ini popular dengan nama Jalan Raya Persahabatan. Jalan ini dibina pada ketinggian 4693 meter melintasi tiga pergunungan tinggi dari Wilayah Xinjian di China sehingga Gilgit-Baltistan Pakistan. Mengikut rekod, pembinaan yang bermula pada tahun 1959 dan siap pada 1978 ini mengorbankan 1300 jiwa. Mereka dikatakan tidak tahan dengan keadaan yang sangat ekstrim di pergunungan tersebut.

Daripada apa yang boleh disimpulkan, pembangunan yang dibuat memanglah amat bermanfaat kepada ribuan bahkan jutaan manusia. Namun pada masa yang sama, pembangunan ini telah mengorbankan banyak jiwa sedangkan nyawa jauh lebih berharga daripada nilai pembangunan itu sendiri. Semoga pembangunan pada masa kini lebih mesra pekerja dan selamat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*