KWSP Sediakan Bantuan RM 2500 Kepada Semua Pencarum Yang Ramai Tak Tahu ! Sila Ambil Perhatian Dan Sharekan !

Tidak kira berapa umur anda, tidak ( kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah mencarum dengan KWSP.

Mengikut undang-undang, KWSP perlu membayar bantuan sebanyak RM2,500.00 kepada waris atau keluarga pemegang akaun KWSP dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kematian pemegang akaun KWSP.

Tiada sebarang pemberitahuan yang dibuat oleh pihak KWSP kepada kesemua pemegang akaun dan ini menyebabkan ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bantuan seperti ini wujud sejak dahulu lagi.
Disini ingin dimaklumkan kepada semua ahli KWSP bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka. Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Warganegara Malaysia.
Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli. Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris

Setakat ini, tuntutan yang dibuat oleh waris atau keluarga kepada pemegang akaun KWSP terlalu sedikit dan ini telah meyebabkan timbulnya suatu persoalan iaitu ke manakah bantuan kewangan/khairat kematian ini disalurkan sekiranya ianya tidak dituntut oleh mana-mana waris pemegang akaun KWSP selepas tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian yang diberikan itu telah tamat.

Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak mengetahui jenis pengeluaran kematian yang disediakan oleh pihak KWSP selama ini kepada kesemua pemegang akaun.

Sepatutnya, manfaat sebegini haruslah sentiasa dimaklumkan kepada kesemua pemegang akaun KWSP yang masih hidup supaya bantuan yang layak diterima oleh mereka sekiranya berlaku kematian dapat disalurkan kepada waris atau keluarga terdekat bagi mengurus perkebumian mereka.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini. Ini mungkin kerana KWSP tidak pernah memberitahu kepada UMUM. Namun kepada mereka yang banyak membaca dan mengambil tahu, pasti akan tahu wujudnya pembahagian ini. Walau bagaimana pun pasti ada yang TIDAK TAHU. Maka ini untuk semua ya. Maka setelah mengetahui maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar ehsan.

Rujuk dan isi borang permohonan di bawah atau klik pautan terus untuk memuat turun borang permohonan ini dari laman rasmi KWSP.

Sumber: KakiTrending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*